Monday, December 1, 2008

Terlajak perahu boleh di undur...

Kalau terlajak kereta kat jalan KL ni buruk padahnya...Semalam aku ada exam kat Universiti Malaya, start kul 2.00 ptg. Tapi seawal pukul 11 aku dah keluar singgah tesco dulu, untuk beli makanan kat izzmi lepas tu nak hantar izzmi ke rumah pengasuh.Alia dan Alissa ikut aku ke UM, dia orang macam cor-pilot lah, tukang tunjuk jalan he..he.., dah siap2 semua hantar izzmi, borak2 kejap dengan akak tue pukul 12 aku dah gerak ke UM, ini bukan first time aku drive sendiri ke UM dah banyak kali dah..Masa drive aku rasa macam serabut sangat kepala otak aku ni..macam2 benda yang aku fikirkan, ingatkan izzmi, bebel kat alissa (ada ke dia nak ajak anak baby sitter tue ke UM sama) ingatkan karang nak lunch kat mana?? Mula2 everything going smoothly..tapi bila dah sampai area Mid Valley..aku tersalah masuk lorong lain ..termasuk jalan bawah, aku sepatutnya naik lorong kat atas tue..(tuelah KL ni jalan bertingkat2) alia shouted! Mama!!! mama ni nak pergi mana ni??? Mama dah salah ni...Ni jalan nak pergi KL ..bukan Bangsar!!!! Alamak!!! macamana nak buat ni..aku betul2 tak tahu..yer lah kalau jalan kat kg senang2nya leh pusing balik buat U-Turn. Rasa nak menangis pun ada..yer lah kalau sesat selepas exam tak apa. biarlah pusing sampai malam pun...ni sesat sebelum exam, aku ada masa 1 jam jer lagi nih..
Alia kata. alia tak tahu lah mama...jalan kat sini, tak pa kita cari signboard masuk bandar KL ...mujur lah ada alia...sangat2 menghargai pertolongan dia..,dialah yang bagi guide..jalan2 mana dan lorong mana yang aku kena ambik, so makan anginlah kita orang..lalu kat stesen keretapi, masjid negara, dataran merdeka, sogo. Kenapa aku tak telefon my hubby????? Dah telefon dia marah2...so.letak telefon ..usaha sendiri.
Finally..jumpa jalan balik ke rumah aku he..he..and start perjalanan semula ke UM dan alhamdulilah sempat sampai sebelum pukul 2.Terima kasih alia sebab tolong mama, nanti mama belanja makan, cakap jer nak makan apa...Dia kata alia nak Cornetto jer...

Enntahlah aku ni..memang darah gemuruh dan mudah panik, aku susah sangat nak ingat jalan2 kat KL ni..aku takut betul kalau aku berada kat lane yang salah..sebab tue aku akan tanya..lorong mama ni betul ke..??? Di KL ni kalau tak berada di lane yang betul akan membawa kita ke tempat lain, dah tue bila nak tukar lane bukan senang dengan kereta yang bersusun kiri kanan depan belakang..(sebab darah gemuruh dan tak confident lah ambik lesen keta sampai berkali2 baru lulus)Aku bila fikir nak drive jauh2 sikit kat KL ni..aku dah susah hati dah...Mujur juga..kalau tak dah tentu aku tak lekat kat rumah, drive pergi sana sini..he..he..

2 comments:

Anonymous said...

Salam tuan rumah,

bagus blog awak ni, kalau bolehla kan imej "ana muslim tu" letak penjur sebelah kiri untuk elak ganggu pengunjung nak baca pos...

Satu blog yang bagus, selamat maju jaya.

Anonymous said...

terima kasih, saya akan usahakan...