Thursday, February 19, 2009

Rindu Nak balik kampung

Dah lama tak balik kampung, dah 2 bulan..teringat kat mak dan ayah, rasa macam nak telefon, tanyakhabar.., tapi kalau aku telefon, aku akan rasa bertambah sedih, rasa bersalah pun ada, tapi aku tahu orang tua aku sihat....seminggu sekali aku akan call juga orang tua aku.

Boring punya pasal..google nama kampung aku felda sungai kemahal, macam2 aku jumpa, jumpa gambar2 orang kampung aku, gambar kawin budak2 kemahal, jumpa laman web ternak lembu anak jiran aku kat sana...he..he..canggih lah, ternak lembu pun ada laman web, tak sangka betul, orang yang ternak lembu tue aku kenal, sama sekolah dengan aku zaman sekolah rendah dulu, walau tak dapat lanjutkan pelajaran peringkat tinggi tapi sekarang dah kaya pun dia, kaya pada aku yang keje gomen ni, kaya pada aku yang ada degree ni...Aku jumpa juga blog amy (member baik adik aku, now jadi pensyarah kat Universiti Malaysia Pahang) dan tak ketinggalan blog aku, blog zairol (adik aku) macam2 ada...hilang juga rasa rindu...

Hemmm, macamana nak balik niii ...Tahun ni alia nak ambik UPSR, asal cuti jer ada tuisyen, ada kelas tambahan, ada kem motivasi, macam tak ada ruang untuk aku..curi2 masa balik kampung...adehlah!!!! apo nak di kato. Plan nak balik juga 28hb ni. Hantar alia klinik UPsr kat bentong, then aku boleh balik kampung..yey!!!! tak sabar!!!

2 comments:

De' Sal said...

samalah kita,kalau lama skit tak balik kg memang terasa sangat rindu pada kedua org tua dan adak beradik di kg.

sal tak kesah kalau nak balik sangat anak2 ada tuisyen ke apa ke,semua di beri cuti sendiri.pantang ada cuti berdesup balik.

Anonymous said...

hai sal.., selamat datang blog akak, yerlah sebagai anak, perasaan tue mesti ada, ingat kat orang tua, tapi tue lah, banyak kekangan dan situasi yang tidak mengizinkan