Saturday, July 4, 2009

Back to normal

Sunyi dah rumah aku, izzmi bangun pagi2 cari nenek dan tok ayah.., dia orang dah balik ke kelantan, my MIL decided untuk meneruskan hari2 tua duduk di kampung bertiga termasuk dengan maid dia...., kesian juga mungkin masalah2 yang timbul menyebabkan dia ambik keputusan tak mau duduk dengan anak menantu lagi. Tapi sebelum my MIL balik aku cakap kalau ma rasa jemu dok sana atau nak berpuasa kat sini, datanglah. Aku sebenarnya kesian, perasaan simpati melebihi segalanya, perasaan kasihan yang timbul membuatkan aku tolak tepi semua perasaan yang tak bagus tue.., lagipun mak dan ayah aku mendidik kami enam beradik sebaik2nya, kalau tidak masakan kami enam beradik boleh berada pada tahap ini sekarang, ayah aku pernah dianugerahkan sijil penghargaan oleh Dato Najib Tun Abd Razak kerana berjaya mendidik kesemua anak2 hingga ke menara gading, sijil tue ayah aku frame gantung kat dinding he..he..., yerlah mana tak bangga kan hanya sebagai peneroka tapi berjaya mendidik anak2 dengan cemerlang, aku 6 beradik 4 perempuan, 2 lelaki, semua ada kereta sendiri yang perempuan pun..mampu beli kereta sendiri, tak yah guna keta suami he..he...

Semuga aku juga berjaya mendidik anak2 sebaik mungkin...aku risau andai satu masa nanti..bak kata justin timberlake dalam lagunya what goes around comes around

2 comments:

De' Sal said...

Tahniah untuk ayah akak,mungkin anak2 dulu tak sama dengan anak2 sekarang,semoga kita sama2 dapat mendidik anak2 dengan baik,insyaallah.

Risau dengan keadaan persekitan yang tak elok untuk anak2.

suelynnda said...

Salam kak Laila,pestime singgah sini..hidup sbg seoarng ibu dan isteri tak penah membuhsankann..btul tak?