Friday, December 23, 2011

Misi memanjat dan memetik manggis

Cuti sekolah yg agak lama ni membolehkan aku lepak kat kampung lama lah sikit pada biasa, balik dgn anak2 drive alone dah biasa pun cuma kat jalan manchis tue..ada sedikit gusar jalannya yang sempit dan bengkang bengkok tu..struktur jalan lak lopak dan lubang sana sini, YB dah lama tak balik melawat pelangai kot..hu..hu...
Dok seminggu jugaklah..apa yang best kat kampung tue..banyak betul buah durian, tapi kat rumah orang lah bukan kat umah aku, teringin aku tengok durian2 yg jual kat tepi jalan, teringin nak beli tapi aku tak pandai nak pilih durian so telan air liur jerlah...
OK kerana entry aku tajuk nya misi memetik manggis so nak pendekkan cerita..nak cerita lah niii
wah manggis sedang berbuah lebat dah mula matang dan sesuai untuk dipetik dan di makan..aku memang suka manggis tau..aku tengok 4 batang pokok manggis tu berbuah lebat jugaklah..tapi macamana nak petik ni..pokok tinggi2..buah pulak hujung2 julai, kerah anak2 panjat pokok huh..kirim salam lah, tu pun baru kenal buah manggis, kalau tak sebelum ni tak tau rupa manggis macamana..hermm nak harap sapa lagi, tak ada lelaki kat umah tue, ayah tak sihat..so apakata aku jer lah yg panjat sundrikk..dah lama tak buat keje ni tau, dulu zaman kecik2 adalah..sampai kepala pernah tersepit kat celah dahan pokok jambu he..he..itu cite dulu..
so di satu petang yang cerah aku memulakan misi aku..panjat pokok..berjaya tau..



aku dengan megahnya berjaya ha..ha..cuma budak montel tue begitu teruja nak panjat tapi tak berjaya..atas pokok aku memulakan operasi menjolok buah manggis dgn galah yg mak dah sediakan khas untuk petik manggis..dan kerahan tenaga untuk alia, alissa dan izzmi kutip buah yg jatuh, malangnya kakak2 yg agak kejam itu membiarkan izzmi sorang mengutip buah..yg dia orang berdua kontrol cun snap gambar sana sini..sungguh kurang sopan ...

finally setelah berpenat lelah dan gigih nya aku, berjaya jugak mengumpul sebakul manggis yg segar2 ni..sedap tak terkata..malamnya badan aku sakit sana sini gara2 panjat pokok manggis..

No comments: