Monday, December 22, 2008

Budak-Budak Zaman Sekarang

Aku kadang2 rasa ralat dengan budak2 zaman sekarang, yang lebih cenderung pada hiburan, pada game, pada Tv tengok cerita kartun, cerita Indon, high taste, terlalu materialstik...tak payah pergi jauh..aku ambik contoh anak2 aku ni..kalau nak buat kerja rumah mengemas atau vakum karpet..boleh tanya lagi, upah berapa mama???, bila nak suruh picit kaki setiap kali aku rasa lenguh2 mesti nak upah...tak pernah nak buat sesuatu benda tue dengan ikhlas atas dasar sayang atau kasihkan ibu, mungkin salah aku juga..suka bagi upah bila buat kerja..sekarang padan muka aku, tapi masih belum telambat untuk mendidik dia orang..

Ingat hari raya aidilfitri dulu. alissa cakap.., mama kita beli baju raya kat jusco atau parkson, tak nak beli baju kat tesco atau carefour...amboiii..aku cakap alissa ni memang dah lupa diri ni...dulu kat bentong tak adalah macam ni, tapi dulu pun setiap kali raya aku belikan baju yang ada brand kat dia orang, terhad pada hari raya saja, pada hari2 biasa beli kat the store atau pasaraya ku. Mujur lah untuk baju sekolah anak2 aku tak kisah untuk beli baju kat The Store pun. Tak nak ajar anak aku terlalu materialistik atau high taste, banyak keburukan yang aku dah nampak, mungkin masa sekarang aku ada duit aku boleh beli yang branded, mana tahu akan2 datang bila aku susah, tak ada duit anak2 request yang mahal2..aku tak mampu nak beli, masa tue mula nak salahkan anak..lagipun meraka perlu diajar untuk hidup sederhana,pelajaran yang paling penting, aku ni risau kerana ciri2 kebendaan dah ada pada anak2 aku ni..aku kena buat sesuatu sebelum melarat..

No comments: