Monday, December 22, 2008

Tak semudah yang di sangka..

Nak menghadapi kerenah budak2 bukan senang, kiri kanan depan belakang nak kena jaga..bagai menarik benang dalam tepung..tapi seiring dengan usia perkahwinan aku, dalam diri aku merasakan yang aku sudah betah menghadapinya, dan boleh menyesuaikan diri..bak kata kawan aku..semuanya atas diri aku sendiri, aku kena bijak mengawal keadaan walaupun kadang2 hilang kesabaran..he.he..

Semalam aku sms cikgu saipul (guru yang buat jadual waktu) tanya dia..aku ngajar kelas apa for the next year, then dia bagitau..guru besar letak aku kelas 1E!!! What!!!Hari tue dah tetapkan kelas 1A, aku dah prepare sedikit sebanyak tup2 kelas 1E pulak, aiyaaa...aku bukan tak nak ngajar 1E tue, aku boleh accept untuk mengajar Bm kelas tue, tapi aku nak jadi guru kelas 1A..kelas aku dulu tue, ada sisa2 aku lagi dikelas tue, then saipul cakap nasiblah..akak kan guru KIA2m, saipul ni aku dahlah bengang saja macam nak menaikkan kemarahan aku jer...aku pun sms kat gb..lantaklah dia nak marah aku, marahlah, tahun depan aku isi borang ngajar kat Selangor, bukan best sangat pun sekolah tue, banyak yang tak kena kat situ, here and there.., susah kalau pentadbir semua perempuan (walaupun aku perempuan) tapi aku tak menafikan yuang adakalanya perempuan ada sedikit kelemahan apabila menjadi pentadbir..

Then pagi ni pergi sekolah, sebenarnya nak beli buku untuk2 anak2 aku, intai2 ada innova gb, tak jadi nak masuk office, kang dapat kerja pulak, mana tau dia suruh aku buat modul transisi haru pulak.., aku dah jumpa buku sains untuk alia, quite good buku tue dwi bahasa, ada nota dalam BM dan bahasa Inggeris, aku beli tahun 4,5,6 terbang duit aku rm100, tapi tak palah, untuk anak2, nanti alissa pun boleh pakai buku tue, baju sekolah anak2 tak beli lagi, alissa tahun depan jadi pengawas sekolah, dia ni famous kat sekolah, setakat ni dia aktif dalam sukan dan dalam kelas, tapi kalau kat rumah karekter dia beza sangat..lebih pada negatif, alia pulak next year jadi pengawas Bridget Bestari...tak palah dengan jawatan ni boleh jadi tiket untuk dia masuk mana2 sekolah bestari bila form one nanti. Insyallah! Muga tuhan berikan yang terbaik untuk anak2 aku, kerana aku dah mencuba sedaya upaya aku untuk menyediakan kelengkapan dia orang dalam mencari ilmu, kamus digital yang berharga rm398 pun aku dah beli, aku tumpang sekaki gak guna kamus tue sebab aku ni b.inggeris teruk..silap2 alia lebih pandai B.ing pada aku lagi.

2 comments:

HeZUiN said...

saya pun cadang nak tukar sekolah lain yg dekat ngan umah laa..tapi kena tunggu dpt cemerlang dulu lah...tak tau tahun bila..kalau blah gitu je,rugi lak

Anonymous said...

a'ah win, tak lama lagilah tue dapatlah win.