Monday, February 9, 2009

Precious moment

Eh!!! Mama menangis yer!!! Tegur alissa anak aku, Mana ada mama menangis, ha.tengok! Aku suruh anak aku tengok mata aku, 'tu mata mama merah' balas alissa lagi, Aku tak menangis cuma rasa terharu, terharu bila ingat kisah2 lama, yerlah aku dah menempuh berbagai2 dugaan dalam hidup yang mungkin orang lain tak tahu, hanya sahabat2 aku dibentong sahaja yang mengetahuinya...

Hurmm...mengapa yer aku terharu, aku rasa tersentuh bila baca entry tie kat blog dia, Saja aku copy and paste kat sini...untuk kongsi dengan pembaca yang lain.

Pagi tadi, seorang yang aku anggap kakak merangkap jiran datang kesekolah aku... katanya saja nak jumpa teman2 lama. Kakak ni namanya kak lela. Dulu2 kak lela dan aku mengajar satu sekolah di daerah ni... tapi tulah , kerana mengikut suami kak lela terpaksa berpindah ke tempat lain. Dan aku rasa perpindahan itu juga adalah yang terbaik buat kak lela pada masa tu............
cerita lama ok.....Kak lela, boleh eekk tie bercerita kisah2 lama ni......Ini cerita mula2 aku posting kat sinilah.... kaklela nilah orang yang pertama bercakap dengan aku walaupun hanya melalui talifon sekolah. Aku dapat rumah sewa dan masa tulah aku pertama kali bersemuka dengannya. Cantik dan bergaya orangnya...Esoknya aku pertama kali daftar di sekolah baru.... dan yang pasti kak lela jugalah guru yang menegur aku dan mengajak aku duduk berhampiran mejanya. Sejak itulah kami mulai rapat dan mesra...Nak dijadikan cerita... kak lela ni ada menggossipkan aku dengan seorang guru lelaki sekolah tu yang akhirnya kini menjadi suami aku... hahaha. Memang dah jodoh aku kut.Kami juga sama2 beli rumah...dan duk berjiran pulak tu. Masa tu kami pun sama susah sama2 senang. Bertukar halia, bawang, garam dan macam2 di pagar dapur rumah. hihihi. Kalau ingat memang rasa nak gelak pun ada... Rajin jugalah kami buat mesyuarat pagar kat belakang tu....bergossiplah apalagi hhahaha.Biasala perempuan.....Tapi jangan ingat orang lelaki tak bergossip tau.. Kadang2 lagi teruk ekeke. Kenapa....Tak caya????? ini fakta ok bukan otar...heh...heh cam fafau la pulak.Kadang2 aku rasa rindu pulak nak berjiran dengan kak lela... rasa hidup ni taklah bosan sangat ada masa boleh gak borak2 kat rumah niiii... tapi yelah, kaklela dah bahagia dan sebagai kawan aku pun tumpang gembira juga. Tadi aku tengok kaklela sedikit berisi...(sori kak....tapi orang yang menulis ni apa kurangnya heh heh) aku rasa tu tandanya hati kaklela senang kut sekarang nih.....Apapun aku doakan semoga persahabatn ini berkekalan dan kita akan berjumpa lagi nantinya. Ok kaaakkk......Kalau akak baca n3 ni harap akak tak marah yer... tapi memang tie rasa gembira dapat jumpa akak...cuma tak boleh berbual panjang tadi......
Alhamdulilah, oklah duduk Kl ni cuma belum jumpa kawan2 sebaik korang semua, dulu kita sama2 susah tapi bila dah senang tak dapat bersama, tapi apa nak buat..tempat seorang isteri adalah disisi suami kan....!!!!
Dulu memang bergaya lah sebab muda lagi badan pun kurus, sekarang dah berisi umur pun dah tua, kurenglah sikit tapi mainten lah..he..he..
Bukan setakat bawang, halia pinjam..ada lagi barang yang kita pinjam..(bila emergency kehabisan stok) ingat tak tie???? memang kelakar. Hurm kalau dapat stok kain (aku jual kain, tolong member) tie jugalah orang pertama yang aku inform dulu...dan kami akan habiskan masa membelek kain satu demi satu cari yang mana berkenan.
Banyak lagi...kenangan2 yang tak cukup untuk aku ceritakan di sini, tapi semalam aku puas hati dapat jumpa kak ramidah, zalina, rohani, kak tengku, ini lah orang bersama2 aku ketika aku dilanda masalah yang maha hebat dulu. Cuma agak frust kak ha tak ada...ingin aku nyatakan di sini..aku sayang kat korang semua, takkan jumpa dah kawan2 sebaik korang...keep in touch alwayz
btw...nampak ija semakin cun, cuma berisi sikit....

2 comments:

ija said...

sorilah akak semalam hanya dapat jerit2 panggil nama akak je dr jauh..GB tu dia ada teropong tau..takut..
takpelah akak..kenangan lama mmg manis utk kita kenang sometime..anggap ada hikmah di sebalim perpindahan akak tu..hiks..saya dah semakin membulat kan?salahkan amirr..haha

atie said...

Aiks... ijah asyik salahkan amir je ye...nanti kaktie report dia eekkk.hahaha...kenangan yang sukar dilupakan kan kak lela...tapi kita boleh jumpa lagi di klte.hihihi